TUJUAN / MATLAMAT
Sebagai sebuah Pertubuhan yang menyatukan anak Bangsa Johor walau di mana mereka berada yang akan menjadi satu platform bagi mengukuhkan hubungan sosial, pendidikan, kesenian dan kebudayaan Johor. Di samping itu, menjadi pemangkin yang memperkasakan ekonomi anak Bangsa Johor. Pertubuhan ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan anak bangsa Johor yang ingin meneroka dalam pelbagai sektor industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor Darul Ta’zim ke tempat teratas di Malaysia.
OBJEKTIF
- Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dari segi pendidikan, ekonomi, keusahawanan dan pembangunan.
- Menggalakkan dan membantu ahli yang berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan dalam pelbagai bidang untuk terus berkembang.
- Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) and Love Quotient (LQ) dalam kalangan anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran masa hadapan.
- Mengukuhkan dan memantapkan kesenian dan budaya anak Bangsa Johor melalui pelbagai rancangan dan aktiviti yang berkaitan.
- Menyantuni kebajikan anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia secara umumnya.
- Pertubuhan ini sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO).
AKTIVITI PERTUBUHAN
- Mengadakan pertemuan sosial; contohnya meraikan hari perayaan, kerja sukarela dan kebajikan, majlis keagamaan dan aktiviti patriotisme.
- Menganjurkan kursus kemahiran dan profesional, simposium, konvensyen, dialog dan lain-lain yang berkaitan.
- Merancang kegiatan ekonomi dan keusahawanan dan menyediakan khidmat rundingcara.
- Merancang dan mengembangkan kegiatan-kegiatan seni dan kebudayaan Negeri Johor.
- Menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Pertubuhan kepada ahli Pertubuhan dan anak Bangsa Johor.
- Mendapatkan sumbangan dan dana bagi membiayai dan menjalankan aktiviti Pertubuhan dengan cara yang tidak bertentangan dengan undang-undang.
- Pertubuhan ini boleh bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat ataupun organisasi dengan tujuan menambah sumber kewangan bagi memajukan dan menjalankan aktiviti Pertubuhan. Sumber kewangan yang diperoleh tidak menghalang sebarang pembayaran elaun yang dibuat dengan tujuan baik dan untuk membayar gaji atau upah kepada ahli atau sekretariat Pertubuhan.

Alamat Utama
No.96A, Jalan Bukit Kempas 1/18, Taman Bukit Kempas, 81200 Johor Bahru, Johor
T: 07 2323 311
F: 07 2323 411
Alamat Surat-Menyurat
F-02-03, Block F, Jalan Prima 5/3, Persiaran Prima Utama, Taman Puchong Prima Utama, 47100 Puchong, Selangor
T: 03 8068 7878/7788
F: 03 8068 7888
Ikut Kami